Assalamualaikum..
Alhamdulillah..masih dikurniakan nafas utk mengharungi hari mendatang..pejam celik,pejam celik..dah pun hari jumaat..buat pengetahuan, sekarang ni ada pameran buku di Terengganu Trade Center (TTC)..smp 30 jan kalo tak silap aku laa..aku sendiri sempat beli 2 biji buku motivasi td.."Jangan Takut-Don't Be Afraid" karya Ahmad Safuan Al-Karami & "Berfikir Seperti Inventor" karya Ainon Mohd & Abdullah Hassan..
Kat cni aku nak petik 2pages dari buku 'Don't be afraid'..
JANGAN TAKUT KERANA REZEKI LAMBAT
Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu susah hati kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seperti makmum yang mendahului imam padahal ia tahu bahawa salam hanya boleh selepas imam lebih dahulu memberi salam. Segala masalah manusia dan rezeki itu sudah ditentukan, dan sudah selesai lima puluh ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.
"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu minta disegerakan" (surah An-Nahl:1)
"Dan jika Allah menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalang limpah kurniaNya" (surah Yunus:107)
Umar sendiri telah berdoa: "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekejaman orang-orang yang durjana dan kelemahan orang-orang yang boleh dipercayai." Doa ini merupakan ungakapan yang mulia dan ikhlas.
Penulis telah mencermati catatan perjalanan sejarah dan beliau mendapat kesimpulan bahawa rata-rata musuh Allah itu mempunyai kesungguhan, azam dan cita-cita. Anehnya, kaum muslimin sendiri bermalas-malas, lembik, bergantung kepada yang lain dan tidak bersemangat. Hanya Allah yang tahu. Tetapi penulis menyatakan bahawa dia benar-benar memahami kedalaman makna ungkapan Umar tersebut.
Aku bleh la kaitkan ngan situasi aku skrg..
Thursday, January 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment